Get Your Message Across

A bold site for writers and small businesses.

Assalamualaikum WBT
Dalam hidup, pernah tak kita nak belajar al-Quran, tetapi ada halangan yang timbul antaranya : 

  • Malu sebab dah dewasa, tetapi bacaan masih merangkak-rangkak
  • Usia sudah meningkat, tetapi masih tidak kenal huruf
  • Sibuk dengan urusan kerja sampai tidak sempat meluangkan masa belajar al-Quran
  • Pernah cuba untuk mempelajari sendiri, tetapi tiada motivasi dan bimbingan

Jika ya, ketahuilah bahawa kita tidak keseorangan. Ramai orang menghadapi masalah yang sama. Tetapi sebagai orang yang mahu berjaya, tiada alasan untuk kita pandai membaca al-Quran. 

Saya Sedia Membantu!

Siapa saya? Saya hanyalah insan yang meminati bidang al-Quran & al-Qiraat. Merupakan graduan Sarjana Muda Al-Quran & Al-Qiraat dan Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat dari Universiti Islam Selangor. Turut memiliki Diploma Pendidikan (Pengkhususan Tahfiz) dari IPGM Bangi.

Saya mempunyai pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran selama lebih 15 tahun di lapangan awam. Kini sedang berkhidmat sebagai seorang guru di selatan tanah air. Matlamat saya mahu membantu ramai orang untuk pandai membaca al-Quran. Kita perlu ingat bahawa belajar al-Quran bukan sekadar ilmu, tetapi jalan menuju ketenangan jiwa.

Ikhtiar MY
Guru Pembimbing Al-Quran

Pengalaman

Saya masih ingat lagi apabila seorang doktor menghubungi saya untuk belajar. Itu adalah pengalaman pertama apabila berhadapan dengan golongan dewasa dan profesional. Bagi saya, jika seseorang itu bersungguh-sungguh, Insya Allah dalam masa yang singkat ia boleh menguasai pembacaan al-Quran dengan baik. Buktinya, saya menerima seorang pelajar berstatus pegawai. Dirinya mengaku tidak mengenali huruf al-Quran secara keseluruhan. Jadi saya meminta beliau untuk mula membaca menggunakan buku Iqra 1.

Tanpa perasaan malu, beliau mula membaca dari muka surat pertama mengenal huruf dan bunyi, sehinggalah tamat Iqra 6. Proses itu berjalan dengan lancar sehinggalah beliau berjaya membaca al-Quran dengan sangat baik.

Prinsip dan kaedah saya mudah: selagi bacaan pada sesuatu muka surat belum lancar, jangan beralih kepada muka surat yang lain.”

Banyak pengalaman dan kerenah yang saya hadapi. Bagi saya, kunci kejayaan adalah istiqamah. Sebagai guru pembimbing, kita akan gembira dan bersyukur apabila seseorang yang kita bantu berjaya membaca al-Quran dengan baik. Antara pengalaman saya dalam pengajaran al-Quran seperti berikut :

  • Guru al-Quran di lapangan awam (rumah, surau, masjid) sejak 2010
  • Guru Pembimbing Hafazan Al-Quran bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) 2018-2024
  • Guru Tahfiz Model Ulul Albab (2016 sehingga sekarang)
Pakej Kelas Yang Ditawarkan
RM49

Pakej Standard

  • Bimbingan asas Al-Quran
  • 1 sesi seminggu
  • 30 minit setiap sesi
  • Group WhatsApp sokongan
Pilih Pakej
RM99

Pakej Professional

  • Bimbingan tajwid & tilawah
  • 2 sesi seminggu
  • 45 minit setiap sesi
  • Nota PDF + rakaman kelas
  • Group WhatsApp sokongan
Pilih Pakej
RM149

Pakej Premium

  • 1-to-1 bimbingan peribadi
  • 3 sesi seminggu
  • 60 minit setiap sesi
  • Nota PDF + rakaman kelas
  • Konsultasi peribadi bulanan
Pilih Pakej